Gambar dan harga Perodua Bezza 2016

22 July 2016 | comments

KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

Tempahan bagi Perodua Bezza kini dibuka dengan harga bermula dari RM37,300 bagi 1.0L standard G (transmisi manual) hingga RM50,800 bagi varian 1.3L Advanced (transmisi automatik). - Bernama





Share this article :
Sora Templates
Admin

Sebarang pertanyaan dan perkongsian sila hubungi menggunakan borang pantas di bawah laman ini.

Post a Comment

 

ATAS